PEMBERITAHUAN

SILA KUNJUNGI LAMAN WEB KAMI UNTUK INFORMASI TERBARU TENTANG PROGRAM ILMU HIKMAH.

Isnin, 3 Disember 2012

Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha

MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DHUHA

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikanNya.

Hadis Berkenaan Solat Dhuha

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, nescaya akan diampuni doasanya oleh Allah, sekalipun sebanyak buih di lautan."
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat Dhuha tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda:
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Waktu Solat Dhuha


Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata:
“Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi)
Cara Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

Di sini saya akan terangkan cara solat Dhuha yang diamalkan oleh kebanyakan pondok / pesantren. Caranya sama sahaja cuma terdapat beberapa amalan/bacaan yang diwiridkan sebelum dan selepas solat Dhuha, berikut adalah tatacara :

1) Sebelum melakukan solat Dhuha, selawat sebanyak 70x.




2) Lakukan solat Dhuha seperti biasa.

- akan dimasukkan sesegera mungkin -

3) Sujud yang terakhir, baca ayat dibawah sebanyak 40x.




"Berikan aku Wahai Yang Maha Pemberi ilmu dan hikmah dan kurniakanlah aku Wahai Yang Maha Pemberi Kurnia, jadi mudahkanlah aku."

4) Selepas salam bertasbihlah sebanyak 10x.

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah."

5) Baca doa Dhuha 3x.
















"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan  perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. 

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."


6) Baca surah al Mulk 3x.

7) Baca Bismillah, 786x.




"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Demikianlah tatacara melakukan solat Dhuha kaedah pondok/pesantren.


Tags : cara solat dhuha, magnet rezeki, magnet wang, solat dhuha



Tiada ulasan:

Catat Komen

CARA PEMBAYARAN

CIMB BANK
No Akaun : 1601 0008 9455 27

MAYBANK
No Akaun : 1621 0697 4760

RHB BANK
No Akaun : 1180 6500 0259 82

KAD KREDIT / PAYPAL
Emel : mohdsalman@yahoo.com

# Semua pembayaran atas nama Mohd Salman bin Salleh

"Program Kerezekian Agung Disusun Khusus Untuk Melancarkan Rezeki Anda Serta Bertindak Sebagai Booster Untuk Mempertingkatkan Hasil Usaha Anda, Bahkan Sebagai Aura Penderas Rezeki."